PENGARUH PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

 Pengaruh Pendidikan Terhadap Pembangunan.


Pendidikan sememangnya amat penting bagi sesebuah tamadun. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan pendidikan, sesuatu masyarakat yang bertamadun dan maju. Suatu masa dahulu, apabila pendidikan mula diperkenalkan, banyak kemajuan yang dapat dihasilkan dan dimajukan oleh manusia dari segi politik, ekonomi dan sosial. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan mampu untuk mempengaruhi sesuatu pembangunan sesebuah masyarakat dan tamadun. 

Pendidikan di Malaysia juga telah berjaya untuk mempengaruhi pembangunan secara fizikal dan insaniah dari semasa ke semasa mengikut peredaran dan kesesuaian zaman. Terdapat beberapa pendidikan  yang mula diperkenalkan sehingga mampu memberi pengaruh kepada sesuatu perkara, antaranya:


  1. Pendidikan untuk semua

  • Pendidikan untuk semua ini telah memberi kesan terhadap pembangunan wanita dan keluarga.

  • Hal ini dikatakan demikian kerana tahap literasi yang semakin tinggi dalam kalangan wanita.

  • menunjukkan  hubungan yang signifikan terhadap

    • penurunan kadar kelahiran

    • penurunan kadar kematian

    • peningkatan tahap penjagaan kesihatan

    • peningkatan kualiti keluarga


  1. Pendidikan kemahiran

  • Pendidikan kemahiran ini pula telah memberi kesan terhadap pembangunan ekonomi.

  • Membina rakyat ke arah pekerja kreatif berasaskan teknologi.

  • berjaya meningkat produktiviti dalam pengeluaran hasil ekonomi.

  • Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah meningkatkan kecekapan dan kemahiran bekerja dalam kalangan rakyat.

  • Sebagai contoh, masyarakat yang menuntut latihan kemahiran telah diberikan pendedahan awal berkenaan penggunaan mesin dan jentera yang berteknologi canggih.


  1. Pendidikan berterusan

  • Pendidikan berterusan ini telah memberikan kesan terhadap pembangunan sosial.

  • Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara

  • memainkan peranan menerusi kesedaran dan penglibatan dalam memupuk perpaduan, keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian.

  • Sebagai contoh, semua pelajar wajib untuk menuntut ilmu atau bersekolah sehingga tamat tingkatan 5 tidak kiralah lulus PT3/PMR atau pun tidak.




  1. Pendidikan percuma

  • Pendidikan percuma ini telah berjaya memberikan kesan terhadap pembangunan demokrasi.

  • Pendidikan telah memberikan hak yang adil kepada semua rakyat

  • bertujuan untuk menyokong kualiti kehidupan dan bersuara.

  • Sebagai contoh, kerajaan telah memansuhkan yuran pendidikan di semua sekolah kerajaan, memberikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada pelajar yang kurang berkemampuan serta memberikan Skim Pinjaman Buku Teks secara percuma.

  • Hal ini telah jelas membantu dan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk menghantar anaknya pergi ke sekolah.


  1. Pendidikan agama

  • Pendidikan agama ini telah berjaya memberikan kesan terhadap pembangunan agama.

  • Literasi agama telah meningkatkan kesedaran masyarakat untuk hidup mengikut ajaran agama dan berakhlak mulia.

  • Oleh sebab itu, telah wujudnya Sekolah Menengah Agama (SMA), tahfiz serta madrasah yang telah diluluskan dibawah kerajaan.

  • Bahkan, kerajaan telah mewujudkan Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) untuk pelajar-pelajar sekolah rendah.


  1. Pendidikan sukan

  • Pendidikan sukan telah memberikan kesan terhadap pembangunan sukan dengan jayanya.

  • Pendidikan ini diterapkan dalam aktiviti jasmani dan sukan pada peringkat sekolah.

  • Hal ini menyebabkan para pelajar dapat memupuk minat dan penglibatan dalam pada peringkat sekolah dan kebangsaan.

  • Mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.

  • Pembangunan pelancongan sukan dapat dipertingkatkan.


  1. Pendidikan Sejarah dan Sivik

  • Pendidikan Sejarah dan Sivik ini telah berjaya memberi kesan terhadap pembangunan nilai patriotik dan kewarganegaraan dalam jiwa masyarakat.

  • Dengan sasaran itu, kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Pendidikan Sejarah menjadi subjek wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • Bahkan, subjek Sejarah telah mula diperkenalkan di sekolah rendah.

  • Hal ini bertujuan untuk memupuk nilai patriotik dalam kalangan rakyat yang berbeza latar belakang.

  • Untuk memartabatkan bangsa dan mendaulatkan negara.


  1. Pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

  • Pendidikan STEM ini telah berjaya memberi kesan kepada pembangunan Sains dan Teknologi.

  • Pendidikan STEM memainkan peranan positif dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui:

    • Produktiviti

    • Pengurangan ketidakseimbangan pendapatan

    • Meningkatkan penggunaan inovasi teknologi



Disediakan oleh: Muhammad Fadlie bin Kamaruddin
No. Matrik: D20211098676


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IMPAK PEMBANGUNAN NEGARA TERHADAP KEMAJUAN PENDIDIKAN

HUBUNGKAIT DI ANTARA FALSAFAH, DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA