HUBUNGKAIT DI ANTARA FALSAFAH, DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
HUBUNGKAIT DI ANTARA FALSAFAH, DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN
DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Falsafah Pendidikan
Falsafah ialah hasil pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai soalan dari pelbagai sudut serta melihat gambaran besar yang menyeluruh tentang persoalan itu. Contoh falsafah pendidikan yang digunakan dan diamalkan di Malaysia ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Dasar Pendidikan
Daripada falsafah barulah dasar digubal. Dasar merupakan formulasi idea-idea sebagai panduan untuk tindakan. Pelaksanaan sesuatu dasar membabitkan persoalan perundangan. Contoh dasar pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia ialah Dasar Pendidikan Percuma (DPP), Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S), dan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Sistem Pendidikan
Apabila suatu dasar sudah termaktub maka sistem didirikan bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut. Sesuatu sistem mempunyai komponen yang rumit dan kompleks. Pelaksanaan sistem yang berjaya adalah apabila semua komponen saling bergabung dan menyokong antara satu sama lain. Antara sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia ialah sistem pendidikan peringkat pra sekolah, rendah, menengah dan sistem pendidikan khas.
Rumusannya, falsafah, dasar dan sistem pendidikan walaupun dilihat secara berbeza dengan fungsi yang berbeza tetapi hakikat pelaksanaannya adalah satu. Ketiga-tiganya saling berhubungkait ke arah pelaksanaan pendidikan yang sempurna dan mencapai matlamat yang dihasratkan.
Disediakan oleh: Nurshazlin Eryana binti Kamis
No. Matrik: D20211098674
Ulasan
Catat Ulasan